Terma-terma penggunaan

Tarikh kuat kuasa: 1/1/2024

Pendahuluan

Selamat datang ke Vortoj yang boleh diakses di vortoj.net. Kami menyediakan permainan pendidikan yang menarik dan pangkalan data yang penuh dengan bahan-bahan pendidikan yang memfokuskan kepada pembelajaran bahasa. Dengan menggunakan Vortoj, anda bersetuju dengan Terma-Terma Penggunaan ini.

Penerimaan Terma-Terma

Dengan mengakses atau menggunakan laman web dan perkhidmatan kami, anda mengesahkan persetujuan anda untuk tertakluk kepada terma-terma ini. Jika anda tidak bersetuju dengan terma-terma ini, mohon untuk tidak menggunakan Vortoj.

Pendaftaran dan Penggunaan Akaun

Penciptaan Akaun: Anda perlu mengemukakan alamat emel yang sah untuk mencipta akaun.

Tanggungjawab Akaun: Anda bertanggungjawab terhadap semua aktiviti di bawah akaun anda.

Had Umur: Tiada had umur yang ditetapkan, tetapi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun perlu menggunakan perkhidmatan ini dengan bimbingan ibu bapa.

Tatakelola Pengguna

Kelakuan Baik: Para pengguna perlu menjaga perilaku mereka secara terhormat dan bertanggungjawab.

Tindakan Yang Dilarang: Anda tidak boleh menggunakan Vortoj untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dilarang, menyinggung perasaan atau berbahaya.

Penyerahan Kandungan dan Harta Intelek

Penyerahan oleh Pengguna: Para pengguna boleh mencadangkan kandungan baharu bagi permainan ini. Semua serahan kandungan tertakluk kepada penilaian dan kelulusan.

Hak-Hak Penyerahan: Dengan menyerahkan kandungan, anda memberi Vortoj lesen tidak eksklusif, global dan tanpa royalti untuk menggunakan, memaparkan dan mengedarkan kandungan anda yang berkenaan dengan perkhidmatan ini.

Tiada Pelanggaran: Anda perlu memastikan bahawa serahan kandungan anda tidak melanggar mana-mana hak pihak ketiga.

Ketersediaan Perkhidmatan

Kemas kini dan Perubahan: Kami memperbaiki perkhidmatan kami secara berterusan dan berhak untuk mengemaskini atau mengubah fitur tanpa memaklumkannya kepada anda.

Waktu gendala: Akses terhadap perkhidmatan ini kadangkala boleh dihadkan untuk penyelenggaraan atau kemas kini.

Penafian dan Had Liabiliti

Perkhidmatan “Sepertimana Sedia Ada”: Vortoj disediakan “sepertimana sedia ada” tanpa sebarang jaminan.

Had Liabiliti: Vortoj tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan tidak langsung, sampingan atau berbangkit.

Penamatan Penggunaan

Vortoj berhak untuk menamatkan atau menggantung akses anda kepada perkhidmatan ini disebabkan apa-apa pelanggaran terhadap Terma-Terma ini.

Undang-Undang

Terma-Terma ini tertakluk kepada undang-undang wilayah di mana Vortoj beroperasi, tanpa mengambil kira percanggahan dengan mana-mana undang-undang wilayah tersebut.

Pindaan-Pindaan kepada Terma-Terma

Kami boleh meminda Terma-Terma ini pada bila-bila masa. Kami akan memberitahu anda tentang apa-apa perubahan yang ketara. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda dianggap telah bersetuju dengan Terma-Terma baharu.

Hubungi Kami

Untuk sebarang soalan atau kemusykilan berkenaan Terma-Terma ini, sila hubungi kami di:

Edukácia@Internet
Víťazná 840/67A
958 04 Partizánske
Slovakia

Laman sesawang: https://ikso.net/
Emel: info@ikso.net


Sokongan Suruhanjaya Eropah kepada penghasilan penerbitan ini bukanlah satu dokongan untuk isi kandungannya yang hanya mencerminkan pandangan-pandangan para penulis, dan Suruhanjaya tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa-apa penggunaan maklumat yang terdapat di dalamnya.

Terma-terma penggunaanDasar privasiBantu kami terjemahkan laman web ini