Dasar privasi
Tarikh kuat kuasa: 1/1/2024
Pendahuluan
Selamat datang ke Vortoj yang terdapat di vortoj.net. Kami merupakan satu permainan dan pangkalan data pendidikan yang komited untuk membantu anda belajar dan nikmati bahasa. Privasi anda keutamaan kami, oleh sebab itu kami telah menggubal dasar ini untuk menerangkan bagaimana kami menggunakan maklumat anda.
Pengumpulan Data
Apa yang kami kumpul:
- Maklumat Akaun: Alamat emel yang digunakan untuk mencipta akaun baharu.
- Perkembangan Permainan: Maklumat tentang prestasi dan perkembangan anda dalam permainan.
- Penyerahan Kandungan: Apa-apa kandungan yang anda cadangkan untuk permainan ini.
- Analitik Laman Sesawang: Kami menggunakan Google Analytics untuk memahami bagaimana laman sesawang kami digunakan.
Bagaimana Kami Mengumpul Maklumat:
- Secara langsung daripada anda apabila anda mencipta akaun atau menghantar kandungan.
- Secara automatik ketika anda bermain permainan ini atau menggunakan laman sesawang ini.
Penggunaan Data
Mengapa Kami Menggunakan Data Anda:
- Membenarkan Akses Anda: Emel anda membolehkan anda log masuk dan mengekalkan akaun anda.
- Menambahbaik Pengalaman Anda: Kami memantau perkembangan anda untuk menyediakan statistik yang diperibadikan dan untuk meningkatkan mutu permainan.
- Menilai Penyerahan: Apabila anda mencadangkan kandungan, kami menilai kandungan tersebut yang berkemungkinan akan dimasukkan dalam permainan ini.
- Untuk Memahami Pengguna Kami: Analitik laman sesawang membantu kami melihat apa langkah yang telah membuahkan hasil dan apa yang boleh diperbaiki.
Langkah-Langkah Perlindungan
Kami mengambil serius tentang keselamatan data anda. Kami mengambil pelbagai langkah untuk melindungi maklumat anda daripada sebarang akses, pendedahan, perubahan atau pemusnahan secara tidak sah.
Hak-Hak Pengguna
Sebagai seorang pengguna, anda mempunyai hak-hak yang berikut berkenaan data anda:
- Akses: Anda boleh bertanya kepada kami tentang maklumat peribadi anda yang kami simpan.
- Pembetulan: Anda boleh memohon kepada kami untuk membetulkan apa-apa kesilapan dalam data anda.
- Pemadaman: Anda boleh memohon kepada kami untuk memadamkan data anda.
- Kemusykilan: Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang bagaimana kami menggunakan data anda, sila hubungi kami.
Pihak-Pihak Ketiga
Kami menggunakan Google Analytics untuk analitik laman sesawang, tetapi kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan mana-mana pihak ketiga bagi tujuan pemasaran mereka.
Pindaan Dasar
Kami berhak untuk meminda dasar ini. Sekiranya kami berbuat demikian, kami akan memberitahu anda tentang apa-apa perubahan yang ketara. Versi yang terkini akan sentiasa ada di laman sesawang kami.
Pertanyaan
Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau kemusykilan berkenaan dasar ini atau data anda, sila hubungi kami di:
Edukácia@Internet
Víťazná 840/67A
958 04 Partizánske
Slovakia
Laman sesawang: https://ikso.net/
Emel: info@ikso.net

Sokongan Suruhanjaya Eropah kepada penghasilan penerbitan ini bukanlah satu dokongan untuk isi kandungannya yang hanya mencerminkan pandangan-pandangan para penulis, dan Suruhanjaya tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa-apa penggunaan maklumat yang terdapat di dalamnya.
Terma-terma penggunaan • Dasar privasi • Bantu kami terjemahkan laman web ini