Manual permainan untuk Vortoj
Pendaftaran:
- Pergi ke sini: play.vortoj.net
- Daftar: Masukkan alamat emel anda dan tetapkan kata laluan untuk log masuk
Mulakan permainan:
- Log masuk di www.play.vortoj.net
-
Tetapan permainan (dilakukan sekali sahaja):
Pergi ke OPTIONS, di mana anda boleh membuat tetapan:
- Pemain – di sini anda boleh mencipta satu profil pemain dan melihat analisis setiap pemain (markah, purata markah)
- GENERAL – warna latar belakang, mod skrin penuh, tetapan had masa dalam permainan
- SOUND – kelantangan, hidupkan / matikan muzik dan kesan suara
- CONTROL – butang-butang pada papan kekunci dan konsol permainan yang akan digunakan untuk mengawal permainan
- GAME MODES - di sini, bagi setiap mod permainan, anda boleh tetapkan berapa soalan dan perkataan dalam satu permainan yang sedang berjalan, tempoh masa soalan, jarak antara soalan, perkataan yang jatuh ketika mod tersebut berjalan – kelajuan perkataan yang jatuh...
- Di sudut atas kanan, tetapkan bahasa bagi menu permainan yang akan dipaparkan
-
Pilih butang PLAYERS dan tetapkan pilihan pemain – pemain1, pemain2
- Mulakan permainan dengan mencipta satu profil pemain (nama, gambar profil, warna) – klik CONFIRM + . Anda boleh mencipta seberapa banyak profil yang anda mahukan.
-
PLAY – apabila tetapan permainan selesai, anda boleh memulakan permainan tersebut (di mana anda memilih satu bahasa sasaran, satu kategori, satu mod permainan, input anda dan tahap kesukaran)
- pilih bahasa yang akan digunakan bagi kosa kata yang akan dipraktikkan
- pilih satu kategori kosa kata: haiwan, angka bilangan, sukan,...
- pilih satu mod permainan: perkataan yang jatuh, ejaan, gambar-perkataan, isi tempat kosong, bunyi-perkataan, pengembaraan (Perhatian: tidak semua kategori menawarkan semua mod permainan!)
- Input – pilih sama ada anda ingin menggunakan pentas tarian, papan kekunci atau pad permainan
-
Tahap Kesukaran:
- easy – hanya satu kaki digunakan untuk melompat di atas tikar tarian – kiri, kanan, atas, bawah
- medium – melompat dengan menggunakan kedua-dua kaki ke atas-bawah atau kiri-kanan pada masa yang sama
- heavy – melompat dengan satu kaki ke semua lapan arah
- very difficult – melompat dengan kedua-dua kaki ke mana-mana dua arah
- START – mulakan permainan
Pertama sekali, anda akan lihat satu senarai perkataan-perkataan yang akan digunakan untuk latihan dalam permainan. Anda boleh mengambil masa untuk membaca perkataan-perkataan tersebut, kemudian klik Start dan mulakan permainan apabila anda bersedia.
Selepas melompat mengikut anak panah yang berpadanan, gambar pemain yang memilih pilihan tersebut akan muncul bersebelahan perkataaan yang dipilih. Pemain 1 di sebelah kiri perkataan tersebut, manakala pemain 2 pula di sebelah kanan. Pada akhir had masa, perkataan atau gambar yang betul akan diwarnakan dengan warna hijau.
Pada akhir permainan, satu papan pengiraan markah akan muncul dan jawapan yang betul akan diwarnakan dengan warna hijau.
Dalam bahagian LEADERBOARDS – anda boleh melihat peratus kemenangan pemain-pemain dalam setiap kategori.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam lompatan kosa kata!
Pasukan Vortoj
Mod-mod permainan
Perkataan yang jatuh
Gambar – perkataan
Perkataan audio
Ejaan
Isi tempat kosong
Cabaran