Manual papan pemuka

DASHBOARD digunakan untuk mencipta kategori baharu di VORTOJ.

1. Log masuk di dashboard.vortoj.net, menggunakan maklumat yang sama ketika anda log masuk di play.vortoj.net.

2. Tekan + bersebelahan Kategori

3. Isikan butiran-butiran kategori baharu ini: nama (Name), huraian (Description), bahasa pilihan untuk kategori yang akan dicipta (Select Language) dan tahap kesukaran kosa kata (Select Difficulty)

Dan tekan CREATE CATEGORY di sudut kanan bawah.

4. Kemudian tekan butang ADD QUESTION untuk menambah satu-satu perkataan yang akan digunakan untuk latihan dalam kategori tersebut.

5. Beberapa item perlu ditambah pada setiap perkataan, bergantung kepada kategori mod permainan yang anda ingin cipta.

Mod-mod permainan

Perkataan yang jatuh, Ejaan, Cabaran

Untuk mod-mod ini, sila isi ruang-ruang berikut:

Gambar – perkataan

Untuk mod ini, sila isi ruang-ruang berikut:

Nota kaki: Gambar terbenam (embedded images) mesti bebas daripada sebarang hak cipta = "gambar tanpa royalti", CC0, dsb.

Perkataan audio

Untuk mod ini, sila isi ruang-ruang berikut:

Isi tempat kosong

Untuk mod ini, sila isi ruang-ruang berikut:

6. SAVING – Setelah semua item diisi, anda perlu menyimpan kesemua item tersebut menggunakan butang ADD QUESTION di sudut kanan bawah.

7. KATEGORI DISEMBUNYIKAN – BOLEH DILIHAT – Semasa anda sedang menyiapkan kategori yang diberikan dan menambah kategori tersebut ke Dashboard, biarkan ia "DISEMBUNYIKAN" – HIDE CATEGORY. Selepas anda siapkan kategori tersebut, tekan SHOW CATEGORY supaya ia boleh dilihat dan menjadi sebahagian daripada permainan tersebut.

8. APPROVAL OF THE GAME BY THE ADMINISTRATOR – Kategori kosa kata baharu yang dihasilkan melalui cara ini akan menjadi sebahagian daripada permainan ini sebaik sahaja ia diluluskan oleh pentadbir.

9. REMOVING ERRORS – Sekiranya anda mendapati terdapat kesilapan ejaan dalam satu-satu perkataan dalam kategori anda ketika anda sedang bermain, anda boleh membetulkannya melalui Dashboard. Buka kategori anda, klik pada anak panah di hadapan kata kunci tersebut dan tiga ikon akan terpampang: tukar perkataan, buat salinan, padam perkataan. Dengan satu klik pada ikon pertama ia akan membuka kesemua lajur di mana anda boleh membetulkan apa-apa input bagi perkataan tersebut. Setelah dibetulkan, klik EDIT QUESTION di sudut kanan bawah untuk menyimpan perubahan-perubahan di dalam sistem (papan pemuka).


Sokongan Suruhanjaya Eropah kepada penghasilan penerbitan ini bukanlah satu dokongan untuk isi kandungannya yang hanya mencerminkan pandangan-pandangan para penulis, dan Suruhanjaya tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa-apa penggunaan maklumat yang terdapat di dalamnya.

Terma-terma penggunaanDasar privasiBantu kami terjemahkan laman web ini